Sunday, 19 August 2012

Antara Kelebihan Berselawat Mengikut Hadis-Hadis~>

1.Diampun Dosa-Dosanya

Sabda Rasulullah s.a.w.:Ertinya:''Selawat kamu atasku itu menghapuskan dan menghilangkan dosa kamu seperti air memadamkan api''

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:Ertinya ''Dan dari Zaid bin Rafi' dari Nabi s.a.w. bahawa baginda bersabda: ''barangsiapa membaca selawat seratus kali untukku tiap-tiap hari Jumaat, maka Allag mengampubjab dosa-dosanya biarpun dosanya itu sebanyak buih di laut''

Ada lagi HADIS pasal Diampun Dosa ni tpi tahulah ana ni kan pemalas :) ~>

2.Diterima Sebagai Amalan Utama 

Sabda Rasulullah s.a.w.:Ertinya:''Sesungguhnya orang yang paling utama di hari kiamat bagi sayaa adalah yang paling banyak selawat untukku.''

3.Tidak Melihat Pahala, Jika Tidak Berselawat 

Dari Said dari Nabi s.a.w.:Ertinya:''Tiada satu kaum (kumpulan) duduk dalam satu majlis yang mereka itu tidak membaca selawat untuk Nabi s.a.w., kecuali akan mendapat kerugian; meskipun mereka masuk syurga namun mereka tidak akan dapat melihat pahala mereka.''

4.Rasulullah s.a.w Tahu Siapa Yang Berselawat 
Sabda Rasulullah s.a.w:Ertinya:''Perbanyakkanlah (membaca) selawat untukku pada hari Jumaat kerana sesungguhnya selawatmu itu dibentengkan kepadaku.''

Pahala Mengikut Sunnah Rasulullah~>

Dari Ibnu Abbad dari Nabi s.a.w.:Ertinya:''Barangsiapa berpegang dengan sunnahku pada masa rosaknya umatku, maka baginya pahala seratus orang mati syahid.''


Ok lah tu ja untuk post kali ni.... Sebenarnya ada banyak lagi kelebihan yang ada jika kita berselawat ni jadi apa lagi? takkan tak nak kot kat pahala dan kelebihan berselawat ni jadi jom lah kita sama2 perbanyakkan berselawat INSYA-ALLAH! Wallahualam.... :) Wasallamualaikum..

No comments:

Post a Comment